Stesen Bandar Utama
Lokasi | Stesen Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°8′47.92″N 101°37′7.49″E / 3.1466444°N 101.6187472°EKoordinat: 3°8′47.92″N 101°37′7.49″E / 3.1466444°N 101.6187472°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | MRT Corp | ||||||||||||||
Laluan | 9 Laluan Kajang 11 Laluan Shah Alam (Dibuka tahun 2024) | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Pengendali kereta api | 9 RapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia) | ||||||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: 506, 801, 802, T811, T812 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | 9 Bertingkat | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | 500 petak parkir kereta | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | SBK09 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 9 16 December 2016 | ||||||||||||||
Akan dibuka | 11 2024 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen MRT Bandar Utama ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen ini dinamakan sempena Bandar Utama yang terletak berhampiran stesen. Bermula 2024, stesen ini akan menjadi stesen pertukaran bagi Laluan Sungai Buloh-Kajang dan Laluan Bandar Utama-Klang.
Stesen ini mula dibuka kepada awam dengan perasmian fasa pertama Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang pada 16 Disember 2016. LRT Laluan Bandar Utama-Klang dijangka mula berkhidmat di stesen ini pada tahun 2024.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Semasa pembinaan MRT laluan SBK, stesen ini dikenali sebagai One Utama.[1] Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016 selepas pembukaan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa satu daripada stesen Sungai Buloh sehingga stesen Semantan melalui stesen ini.[2] LRT Laluan Bandar Utama-Klang (BUK) akan mula berkhidmat di stesen pada tahun 2024 di bangunan stesen yang terletak kira-kira 100 meter barat laut daripada bangunan stesen MRT kini. Sebuah laluan pejalan kaki berbayar akan menghubungkan kedua-dua bangunan ini seiring dengan pembukaan stesen laluan BUK.[3]
Sambungan ke TTDI
[sunting | sunting sumber]Ketika dalam proses perancangan, sebuah jambatan pejalan kaki yang menghubungkan stesen ini dengan kawasan perumahan TTDI yang terletak di sebelah timur stesen merentasi LDP telah dicadangkan. Hal ini membolehkan penduduk TTDI mempunyai akses ke stesen ini dan pusat membeli-belah One Utama. Tetapi, Persatuan Penduduk TTDI membantah cadangan ini atas sebab tidak mempunyai kemudahan secukupnya unuk menampung kesesakan trafik oleh cadangan ini.[4] Pada Julai 2014, MRT menurut dengan bantahan tersebut.[5] Walau bagaimanapun, setelah MRT beroperasi, terdapat suara bantahan tentang kurangnya sambungan bagi penduduk TTDI di sebelah utara bagi menggunakan MRT.[6]
Ciri-ciri stesen
[sunting | sunting sumber]Lokasi
[sunting | sunting sumber]Stesen ini terletak di sebelah barat Lebuhraya Damansara–Puchong Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersebelahan sempadan Kuala Lumpur-Selangor di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah 1 Utama,[7] Sri Pentas (ibu pejabat Media Prima), Plaza IBM, Hotel One World, Menara KPMG, 1 Powerhouse, SS 21 Petaling Jaya, taman perumahan BU 2 dan taman perumahan TTDI Burhanuddin Helmi.
Pelan stesen
[sunting | sunting sumber]L2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
SBK Arah Selatan | → 9 Laluan Kajang menghala ke SBK35 Kajang (TTDI) | |
SBK Arah Utara | ← 9 Laluan Kajang menghala ke SBK01 Sungai Buloh (Mutiara Damansara) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras legar | Kedai Serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 1 Utama, Sri Pentas, Plaza IBM dan Hotel One World |
G | Aras tanah | Pintu masuk, 1 Powerhouse, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta.[9]
Perkhidmatan bas
[sunting | sunting sumber]Bas RapidKL laluan 506, 801, 802, T811 dan T812 berkhidmat berhampiran stesen di hadapan 1 Powerhouse.
Galleri
[sunting | sunting sumber]Stesen
[sunting | sunting sumber]-
Permandangan stesen daripada landasan MRT di atas Lebuhraya Damansara-Puchong.
-
Stesen ini terletak berhampiran Pusat Membeli-belah 1Utama.
-
Sebuah papan tanda elektronik di pintu masuk stesen.
-
Menghadap pintu berbayar di Pintu A stesen.
-
Penumpang menggunakan pintu berbayar menuju ke Pintu B stesen.
-
Penumpang memasuki pintu berbayar dari Pintu B stesen.
-
Ruang kedai di aras legar berdekatan Pintu B stesen.
1Powerhouse (Pintu A)
[sunting | sunting sumber]-
Sambungan pejalan kaki ke Pintu A stesen dari 1Powerhouse.
-
Hentian bas pengantara di bangunan 1Powerhouse yang merupakan pintu masuk utama stesen MRT Bandar Utama.
Sambungan Pejalan Kaki ke 1 Utama (Pintu B)
[sunting | sunting sumber]-
Penumpang menuju ke Pintu B stesen.
-
Penumpang menuju ke sambungan pejalan kaki ke Pusat Membeli-belah 1 Utama.
-
Pintu B menuju ke sambungan pejalan kaki ke Pusat Membeli-belah 1 Utama.
-
Penumpang menggunakan sambungan pejalan kaki menuju ke stesen.
-
Laluan menuju dari jambatan hubungan.
-
Laluan dari stesen menuju ke Hotel One World dan Pusat Membeli-belah 1 Utama.
-
Papan tanda berdekatan lobi Hotel One World mengumumkan pembukaan sambungan ke stesen ini.
-
Sambungan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan Pusat Membeli-belah 1 Utama yang sedang dibina setakat akhir Jun 2017.
-
Pembinaan jambatan pejalan kaki pada Oktober 2017.
-
Jambatan pejalan kaki yang sudah dibina dan siap pada Februari 2018.
-
Pembinaan jambatan pejalan kaki pada Februari 2017.
-
Pembinaan jambatan pejalan kaki pada Oktober 2017.
-
Jambatan pejalan kaki sehari selepas pembukaannya pada 1 Februari 2018.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Meng Yew Choong (26 Nov 2014). "Finalised names of 31 MRT stations revealed". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 6 Nov 2018.
- ^ Emmanuel Santa Maria Chin (22 Feb 2019). "LRT3 now set for 2024 completion". malaymail. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2019. Dicapai pada 18 Mei 2019.
- ^ Vijenthi Nair (17 Julai 2014). "Residents share their thoughts on proposed pedestrian linkway in TTDI". Star Property (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Nov 2018. Dicapai pada 11 Nov 2018.
- ^ Vijenthi Nair (9 Julai 2014). "MRT Corp accepts TTDI folk's decision". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-01. Dicapai pada 11 Nov 2018.
- ^ "So near yet so far for MRT". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-18. Dicapai pada 11 Nov 2018.
- ^ T. Selva, Melizarani; Foo, Noel Timothy (17 Dec 2016). "Top 10 attractions near latest MRT stations". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Okt 2018. Dicapai pada 9 Nov 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Bandar Utama — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride — Bandar Utama". MRT Corp. 12 Jan 2019. Dicapai pada 29 Mei 2019.